Isi Kandungan Buku 'Prinsip Pemelajaran Orang Dewasa'

Buku 'Prinsip Pemelajaran Orang Dewasa' karangan (Prof Dr) Mazanah Muhamad dan dibantu (Emeritus Professor) G. L. Carter mengandungi enam (6) bab.

Bab 1 merupakan bab pengenalan yang menghuraikan Perubahan Yang Boleh Dibuat. Antara topik-topik kecil berkenaan Perubahan Yang Perlu, Perlunya Ada Objektif, Bentuk-Bentuk Objektif dan ringkasan bab. Secara ringkas ia membincangkan perubahan yang kita sebagai orang dewasa perlu tangani. Pengetahuan, sikap dan kemahiran baru yang boleh didapati melalui pemelajaran dapat membantu kita menangani perubahan secara sistematik. Bagi memastikan pemelajaran yang berkesan, kita perlu jelas apa yang ingin kita pelajari khususnya tujuan dan objektif pemelajaran.

Bab 2 Sumber Perkara Yang Perlu Dipelajari pula menjelaskan sumber yang perlu dikaji untuk menentukan perkara yang hendak dipelajari. Sumber yang dibincangkan di dalam buku ini adalah daripada pelajar itu sendiri, masyarakat di mana pelajar itu berada dan ilmu yang wujud dan hendak dipelajari.

Bab 3 Memilih Objektif pula menghuraikan perihal objektif dan peri pentingnya ia selain peranan objektif ditekankan untuk memudahkan pemelajaran. Dalam bab ini juga penulis menyelitkan keperluan memahami orang dewasa yang 'berpengalaman' dalam usaha seorang pendidik ingin menyampaikan ilmu kepada orang dewasa. Secara ringkasnya bab ini menjelaskan proses untuk membantu pemilihan objektif yang bersesuaian kepada orang dewasa.

Bab 4 Strategi Untuk Mencapai Objektif pula membincangkan kaedah pendekatan atau strategi yang bersesuaian untuk digunakan untuk mencapai apa yang ingin dipelajari. Bab ini menghuraikan topik 'Mengapa harus memilih strategi' dan 'Memilih strategi yang sesuai.'

Topik strategi pemelajaran dibincangkan secara mendalam dalam Bab 5 Menyusun Strategi Pemelajaran. Strategi bersinambungan, berurutan dan bersepadu dibincangkan bakal dihuraikan di dalam bab ini.

Sebagai pengakhiran buku ringkas tetapi padat ini adalah Bab 6 Menilai Pemelajaran. Sebagaimana proses biasa setiap gerak kerja, seusai laksana sesuatu perkara, proses penilaian amat diperlukan bagi memastikan kualiti yang diperoleh. Dalam perihal pemelajaran orang dewasa ini, penulis buku ini membahagi bab ini kepada topik-topik kecil seperti Mengguna rangka bukti, Jenis bukti, Menganalisis bukti dan Melapor keputusan penilaian.

Buku 'Prinsip Pemelajaran Orang Dewasa' ini merupakan hasil kolabrasi di antara Prof Dr Mazanah dan Prof Emeritus G.L. Carter yang sempat 'berguru' dengan Ralph Winfred Tyler, seorang tokoh akademik Amerika. Buku Ralph W. Tyler, "Basic Principles of Curriculum and Instruction" yang diterbitkan pada 1949 dan telah diterbitkan dalam 36 edisi.

Prof Dr Mazanah ketika bercuti sabatikal di Raleigh, North Carolina, USA berpeluang berbincang dengan Carter yang merupakan mentee kepada Ralph W. Tyler selama 30 tahun.
p/s: Penulis cuba meringkaskan serba sedikit pemelajaran yang diperoleh daripada buku ini. Namun, di atas kekangan masa, penulis tidak dapat menyambung huraian secara mendalam berkenaan buku. Penulis ingin menyarankan kepada rakan-rakan yang ingin menambah ilmu pengetahuan khususnya di dalam isu pendidikan orang dewasa agar mendapatkan buku ini di PTSL ( LC 5215.M396 )

Pra-Bedah Buku : Prinsip Pemelajaran Orang Dewasa

Penulis berminat untuk mengulas sebuah buku yang sempat dibaca lewat cuti yang lalu.

Bukunya ringkas, tidak terlalu tebal, tidak terlalu nipis. Apabila dibelek-belek, rupa-rupanya ia ditulis oleh seorang pensyarah warga Malaysia yang bercuti sabatikal (faedah cuti meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai dalam bidang mereka. Biasanya digunakan untuk membuat penyelidikan di luar negara).

Buku bertajuk 'Prinsip Pemelajaran Orang Dewasa' ini sebenarnya ditulis secara bersama oleh Mazanah Muhamad dan GL Carter.

Buku ini menghuraikan konflik orang dewasa (lanjut usia) daripada usia kebiasaan seseorang pelajar yang masih ingin menuntut ilmu.

Penulis buku ini, kini profesor di Universiti Putra Malaysia, banyak mengkisahkan perkara-perkara idea yang dirasakan perlu untuk dilihat oleh orang dewasa yang sedang atau ingin menuntut. Antaranya;
- Perkara asas yang perlu dipelajari orang dewasa
- Usaha dan strategi ke arahnya yang boleh membantu mencapai apa yang ingin dipelajari
- Prinsip & cara mengurus strategi pemelajaran
- Kaedah pengukuran untuk mengetahui perkembangan dan hasil daripada usaha pemelajaran tersebut
- Kaedah / perkara yang dapat memudahkan pemelajaran orang dewasa.

Buku ini mengandungi tujuh (7) bab yang insyAllah bakal dihuraikan oleh penulis selaku pembaca yang cuba mendapatkan idea dan substance sebenar, erti sebuah pemelajaran bagi seorang dewasa.

Aplikasi Kaedah Eksperimen Di Dalam Gerakan



Penulis ingin menimbulkan persoalan di sini khusus buat rakan-rakan mahasiswa dari aliran Sains seperti kursus kejuruteraan,  sains maklumat, sains kemasyarakatan/sosial, sains kesihatan dan semestinya daripada aliran sains tulen. Persoalan yang ingin dilontarkan, kenapa kita tidak jadi 'saintis' gerakan?

Anak muda sebagai pemikir & penggubal dasar

Tahukah anda siapa anak muda, remaja, belia atau pemuda ? Robert Havighurst juga turut menghuraikan maksud remaja. Huraian beliau menarik kerana pandangan yang diberikannya bersifat elektif iaitu pandangan campuran yang meliputi biologi, sosiologi dan psikologi. Pandangan dan teori ini dikenali sebagai teori ‘tugas perkembangan’ (Developmental Task, Havighurst, 1972). Beliau menyatakan tahap remaja adalah tempoh individu menjalani beberapa tugas perkembangan.

Menurut beliau, tugas perkembangan ini perlu bagi individu dan didorong oleh masyarakat. Tugas perkembangan ini adalah keterampilan ataupun kebolehan, pengetahuan, fungsi, dan sikap yang individu perlu ada pada sesetengah tahap hidup mereka. Semua ini dicapai melalui kematangan fizikal, harapan sosial dan usaha belia itu sendiri. (Havighurst, 1972)

Gerakan Mahasiswa VS Gerakan Islam PART 2

6. Engkau ingin berjuang, rumah tangga lintang pukang, karenah isteri gagal ditangani
Permasalahan ini sering berlaku khususnya buat aktivis yang menganggap rumah tangga sama seperti medan perjuangan. Ahli keluarga selalu diperlakukan seperti peserta di dalam program. Kedapatan juga sebilangan ahli yang melampau dalam tindakan seperti menghilangkan diri tanpa berita sehingga berminggu-minggu dan berbulan-bulan sehingga menjejaskan hubungan silaturahim kekeluargaan. Bagi yang telah bersuami-isteri, kegagalan si suami dalam menyediakan keperluan asas bagi isteri dan anak-anak menyebabkan rumah tangga keberantakan dan berada di dalam suasana suram. Pesanan buat mahasiswa yang baru berjinak-jinak dengan gerak kerja jamaah, jangan melampau di dalam tindakan sehingga mengabaikan hak keluarga.

Mari kita selusuri kata-kata seorang sahabat bernama Salman kepada Abu Darda yang enggan makan , tidur dan bergaul dengan keluarga demi menunaikan ibadah." Sesungguhnya engkau mempunyai kewajipan terhadap Tuhanmu, dan engkau juga mempunyai kewajipan terhadap dirimu dan engkau juga mempunyai kewajipan terhadap keluargamu. Maka tunaikanlah hak kepada setiap yang berhak."

Gerakan Mahasiswa VS Gerakan Islam PART 1


Buat permulaan tajuk sudah cukup mengundang persepsi yang kurang senang di kalangan mahasiswa, apatah lagi untuk membicarakannya. Namun, satu soalan mudah untuk diajukan; di manakah posisi kita ketika ini, ahli gerakan mahasiswa atau gerakan Islam ?

Hati berkata kita merupakan ahli gerakan Islam, tetapi gerak laku kita bak hanya gerakan mahasiswa. Mengapa penulis berkata demikian ? Mari kita semak diri kita masing-masing, dan jujur mengiakan sekiranya ia benar, dan jua jujur menafikannya sekiranya ia tidak benar.

Tarbiyyah Pasak Jamaah

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan (Wasilah) yang mendekatkan diri kepada-Nya dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan."

Di dalam surah Al-Maidah ayat 35 di atas, Allah SWT telah menuntut dan memerintahkan agar umat manusia mencari segala jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya dalam usaha mencari keredhaan-Nya. Justeru di atas kefahaman memenuhi tuntutan ini, para alim-ulama telah menggariskan kefahaman tarbiyyah adalah perkara utama perlu ditegakkan.



Memahami Asas Tarbiyah

Tarbiyah berasal dari bahasa Arab yang berarti pendidikan, sedangkan orang yang mendidik dinamakan Murobi. Menurut ilmu bahasa, tarbiyah berasal dari tiga pengertian kata -robbaba-robba-yurobbii- yang artinya memperbaiki sesuatu dan meluruskannya.

Tarbiyah Islamiyah bukan sekadar membentuk seseorang itu menjadi mukmin untuk dirinya, beramal dan bertaqwa seorang diri sahaja. Bahkan ia bertujuan melahirkan mukmin yang sedia berkhidmat, memberi sumbangan kepada Islam dan berjihad pada jalan Allah SWT.

Rasulullah SAW mendidik para sahabatnya sehingga menjadi mujahid yang kukuh iman mereka, sentiasa bersedia untuk berkorban dan berjihad pada jalan Allah. Apabila Islam berhajat kepada kerja dakwah, maka tampillah para da'i yang jujur, berani dan sabar menyampaikan risalah Islam melalui lisan dan contoh yang baik. Apabila Islam memerlukan pengorbanan harta benda, maka tampillah sahabat yang mempunyai harta kekayaan menyerahkan harta benda mereka kepada Rasulullah SAW dengan penuh keredhaan tanpa bakhil, seperti Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Osman Ibn Affan dan Abdul Rahman al-'Auf.

Mahasiswa & Media Massa



Menjengah Definisi 'Media'
Marshall McLuhan di dalam buku beliau, "Understanding Media: The Extensive of Man" ada menyebut "media massa merupakan suatu medium yang dapat memanjangkan pancaindera kita". Melalui media massa kita dalam memperoleh maklumat tentang sesuatu benda, seseorang individu atau tempat biarpun kita belum pernah lihat atau kunjungi secara langsung.

L. John Martin pula berpendapat bahawa media massa merujuk kepada alat yang mewujudkan interaksi sosial, politik, dan ekonomi dalam ukuran yang lebih moden. Media haruslah menyampaikan maklumat dan mendidik masyarakat serta menjadi medium perantaraan dalam sesuatu masyarakat (Vir Bala Aggarwal, 2002: xvii).