Penulis ingin menimbulkan persoalan di sini khusus buat rakan-rakan mahasiswa dari aliran Sains seperti kursus kejuruteraan, sains maklumat, sains kemasyarakatan/sosial, sains kesihatan dan semestinya daripada aliran sains tulen. Persoalan yang ingin dilontarkan, kenapa kita tidak jadi 'saintis' gerakan?
Rata-rata bagi mahasiswa yang telah atau sedang menjalani pengajian di bidang Sains, mereka tentunya sudah terbiasa dengan prosedur atau kaedah ujikaji/eksperimen yang sering dijalani sewaktu ingin mengadakan sesuatu ujikaji. Prosedur-prosedur seperti sedia maklum adalah; (i)Mengenal pasti masalah (ii)Membuat hipothesis (iii)Menentukan pemboleh ubah (iv)Menyediakan peralatan dan bahan (v)Melakukan eksperimen (vi)Mengumpulkan dan menganalisis data (vii)Mentafsirkan data (viii)Membuat kesimpulan
Aplikasi Kaedah Eksperimen Di Dalam Jamaah
Jika kita teliti, kaedah eksperimen yang disusun biarpun di peringkat asas sekolah sudah mencukupi buat kita ahli gerakan untuk menyumbang kepada jamaah. Sebagai contoh, langkah pertama apabila kita dikehendaki melakukan sesuatu eksperimen, kita perlu MENGENALPASTI MASALAH. Perkara ini juga adalah asas bagi seorang ahli jamaah yang dinamik; berfikir dan berusaha mengenalpasti masalah, bukan bertindak semborono tanpa meletakkan asas intelektual di hadapan.
Juga melalui melalui prosedur kita dalam menentukan pembolehubah, apa yang malar, bergerak dan bersandar; seharusnya kita lihat dari pandang sisi jamaah sebagai perkara-perkara yang menjadi kekuatan (strength), kelemahan (weakness), peluang (oppurtunities) dan ancaman (threat). Penyediaan bahan dan peralatan pula harus dilihat sebagai kaedah kita menyediakan persiapan barangan dari sudut teknikal dan fizikal, yang diletakkan selepas kita menentukan pembolehubah-pembolehubah seperti yang disebut sebentar tadi.
Selaku ahli jamaah dan gerakan juga perlu bijak mengumpul dan menganalisis data yang diperoleh. Sebarang data, secara saintifiknya perlu dipertimbangkan daripada sudut faktor dalaman dan luaran. Hal ini sama sekiranya kita berdepan dengan masalah sebagai contoh kaedah muamalat kita dengan bukan sefikrah dengan kita, maka apakah kita terus menolak hubungan tersebut atau kita akan mempertimbangkan dari sudut pro dan kontra dahulu.
Di akhir proses kita menjalankan eksperimen, kita juga perlu melakukan sedikit kesimpulan yang tulen (genuine) daripada pemerhatian ujikaji diri kita sendiri. Di sini, kaedah eksperimen ini telah mengajar ahli jamaah memiliki idealisme tersendiri dan tidak terpengaruh dengan pendapat luar. Di dalam kesimpulan juga, kita perlu jujur untuk mengakui adakah ia benar atau menyalahi hipotesis (pendapat awal) yang kita lakukan di awal eksperimen.
Mungkin ada yang sinis menganggap sains sudah lama di dalam Al-Quran. Cuma penulis di sini ingin lontarkan, sejauh mana kita menggali dan mengaplikasi ilmu sains tersebut di dalam Al-Quran ?
Al-Quran menyatakan, Sains membuktikan...


0 comments:
Post a Comment