Tarbiyyah Pasak Jamaah

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan (Wasilah) yang mendekatkan diri kepada-Nya dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan."

Di dalam surah Al-Maidah ayat 35 di atas, Allah SWT telah menuntut dan memerintahkan agar umat manusia mencari segala jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya dalam usaha mencari keredhaan-Nya. Justeru di atas kefahaman memenuhi tuntutan ini, para alim-ulama telah menggariskan kefahaman tarbiyyah adalah perkara utama perlu ditegakkan.



Tarbiyyah merupakan segala usaha yang melibatkan pendidikan, pengalaman, penglibatan dalam perjuanagn Islam, kesan persekitaran dan faktor-faktor lain yang mampu mendekatkan diri kepada Allah (Taqarrub ilallah)

Allah SWT sebagai Al-Khaliq (Pencipta) Maha Mengetahui setiap sisi tubuh dalaman dan luaran makhluk-Nya telah menetapkan dasar-dasar pentarbiyyahan serta uslubnya yang berbagai-bagai di dalam Al-Quran. Baginda Muhammad SAW pula sebagai Rasul-Nya telah dihantar sebagai penunjuk dan pelaksana arahan-Nya pula telah berjaya melaksana dasar-dasar pentarbiyyahan tersebut dan berjaya melahirkan generasi yang benar-benar menghayati Islam serta sanggup memberikan seluruh kehidupan mereka demi perjuangan Islam.

Persoalan kini, sejauh mana kita pula sebagai umat Islam akhir zaman kini ingin mengimplimentasikan konsep tarbiyyah dalam kehidupan masa kini yang serba bergerak pantas ? Untuk itu, kita perlu melihat kembali matlamat asas tarbiyyah Islamiyyah yang disasarkan sebelum kita bergerak menuju dan mencapai kejayaan tarbiyyah Islamiyyah tersebut.

Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
a) Melahirkan ummat muttaqin (bertaqwa) yang mempunyai ta'luq billah yang utuh
Ta'luq billah bermaksud umat Islam yang hidup dan matinya; ibadah dan segala pengorabannya dicurahkan Lillahi Ta'ala. Maka tarbiyyah atau pendidikan yang disasarkan harus bertujuan melahirkan generasi para du'at yang bertaqwa dan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas dan tanggungjawab perjuangan Islam.

b) Melahirkan insan muttaqin yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah SWT
Tarbiyyah yang diprogramkan ini adalah bertujuan melahirkan insan muttaqin yang menyerahkan diri sepenuhnya (kaffah) kepada Allah SWT. Mereka adalah golongan manusia yang benar-benar cinta akan Allah dan berlumba-lumba mendapatkan keampunan daripada-Nya.

‎[Al-Hujurat: 15] - 'Sesungguhnya orang mukmin yang sebenarnya adalah mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwanya di jalan Allah. Mereka itulah orang yang benar.'

Ruang Lingkup Tarbiyyah Islamiyyah
Ruang lingkup tarbiyyah atau pendidikan dalam Islam secara lengkap dikemukakan oleh Drs Heri Jauhari Muchtar dalam bukunya “Fiqh Pendidikan” seperti berikut:

1. Tarbiyyah Aqliyah (Akal)
- Bertujuan mengajar dan melatih ahli jamaah memimpin akal untuk berfikir; tafaqquh dalam ilmu, memberi pandangan serta mampu menggunakannya dalam program-program dan aktiviti yang diperlukan.
- Antara mekanisme cadangan adalah membanyakkan bengkel-bengkel dan kelas-kelas peningkatan berkenaan Kemahiran Berfikir, Kemahiran Membuat Keputusan, Pemikiran Saintifik, Pemikiran Rekacipta, Pemikiran Strategik, Propaganda dan lain-lain. Di samping itu juga kursus-kursus peningkatan pengurusan seperti pengurusan organisasi, pengurusan gelagat, pengurusan kewangan di samping kelas-kelas kesenian dan kebudayaan serta lain-lain juga tidak harus diketepikan dalam persediaan ahli jamaah di peringkat ta'rif dan ta'win memperoleh ilmu sebelum beranjak ke peringkat tanfiz.

2. Tarbiyyah Khuluqiyyah (Akhlak)
- Akhlak atau sikap yang hendak dididik (tarbiyyah) perlu dilihat meliputi seluruh kehidupan ahli jamaah tersebut. Tiada guna jika kita bijak merancang dan melaksana program-program dakwah tetapi kehidupan sebenar di dalam keluarga kita tunggang-langgang. Atau kehidupan sebagai aktivis mahasiswa Islam kelihatan sungguh lancar dan teratus sehingga berjaya menarik beratus-ratus kader baru tetapi di dalam hal akademik, kita kecundang dan sekadar 'cukup-cukup makan' dalam 'pointer' akademik kita.
- Akhlak yang ingin diterapkan di dalam jamaah adalah akhlak yang sebenar dan jujur, iaitu sekiranya kita petah bercakap dan menarik perhatian ramai pendengar di pentas pidato, begitu juga hendaknya kita di dalam kelas atau di dalam keluarga kita, kita berjaya menarik perhatian mereka untuk mendengar butir bicara dakwah kita.

3. Tarbiyyah Jasadi (Fizikal)
- Tarbiyyah jasadi yang disasarkan adalah bertujuan menjaga kekuatan anggota fizikal agar boleh berfungsi dan boleh digunakan pada bila-bila masa yang diperlukan. Jasadi atau fizikal yang ditekankan juga berperanan menyelamat dan mencegah diri daripada dihinggapi penyakit minor atau major yang akan mengganggu kerja-kerja dakwah nanti.
- Adalah malang bagi pemikir-pemikir dan perancang-perancang gerak kerja dakwah Islamiyyah ini sekiranya gagal menjaga kesihatan sedangkan diri dan batang tubuh mereka sangat-sangat diperlukan oleh jamaah akibat kegagalan menjaga urusan hak batang tubuh mereka sendiri.
- Sepertimana sabda Baginda SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim; “Orang mukmin yg kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yg lemah. Dan pada keduanya terdapat kebaikan.”

4. Tarbiyyah Jihad
- Tarbiyyah jihad yang ingin ditekankan adalah merangkumi pembajaan dan peniupan roh jihad di dalam segenap ahli termasuk jihad menawan nafsu, harta, jiwa dan masa.
- Tarbiyyah jihad yang hendak diterapkan adalah berlandaskan kefahaman, persiapan akhlak, persiapan iman, persiapan roh, persiapan mental, persiapan jasad dan persiapan keperluan-keperluan lain termasuk persiapan teknikal.
- Tarbiyyah jihad harus difahami sebagai praktikal kepada bentuk-bentuk tarbiyyah yang lain yang lebih berbentuk teori.

5. Tarbiyyah Ijtimai'e (masyarakat)
- Para duat perlu sedar keberadaan di alam kampus hanya sementara bergelar mahasiswa, dan mereka akan bergerak di dalam masyarakat luar suatu masa nanti. Justeru ahli jamaah harus dididik dan diterapkan dengan kemahiran bersosial dan bermasyarakat kerana golongan masyarakat umum adalah sasaran dakwah kita yang terbesar berbanding di masyarakat kampus. Program-program kemasyarakatan yang signifikan harus dirancang dan diatur agar matlamat perkaderan ahli-ahli jamaah yang lebih besar segera tercapai.
- Para duat yang merupakan ahli jamaah di kampus juga perlu disiapkan dengan kemahiran-kemahiran interpersonal dan perhubungan awam (public relation) serta protokol-protokol yang sebenar agar tidak canggung berada di dalam masyarakat luar.
- Program dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dicadangkan buat aktivis mahasiswa di dalam masyarakat adalah Bakti Siswa, Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM), mengadakan kelas-kelas tuisyen, kem-kem anak remaja soleh dan lain-lain di samping bersedia menawarkan diri menjadi tenaga pengajar di surau-surau dan masjid-masjid khususnya di dalam bidang-bidang keagamaan. Mahasiswa juga dicadangkan perlu menyiapkan diri dengan ilmu fardhu ain khususnya untuk mengajar kelas tajwid dan membaca Al-Quran di samping menjadi pembantu pengurusan jenazah agar aktivis mahasiswa Islam tidak dilihat sekadar 'jaguh kampung' dan hanya tahu bercakap semata-mata.

6. Tarbiyyah Siyyasah (Pengurusan)
- Siyyasah atau pengurusan (management) sebenarnya merupakan cabang kecil di dalam tarbiyyah yang mengkhususkan kepada perkara-perkara berbentuk pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi. Ia menumpukan kepada pengurusan hubungan kuasa antara dua atau lebih pihak, di samping menyediakan kerja-kerja memobilasikan ahli-ahli jamaah untuk digunapakai dalam kerja-kerja dakwah. Siyyasah juga merancang dan melaksana tindakan dan aktiviti yang bermatlamat akhir demi kepentingan survival perjuangan Islam.
- Salahfaham hari ini di kalangan aktivis mahasiswa bahawa siyyasah adalah berbeza daripada tarbiyyah harus dibetulkan; malah siyyasah perlu dilihat adalah salah satu cabang daripada bidang tarbiyyah.
- Politik merupakan sebahagian daripada siyyasah tetapi siyyasah tidak semestinya sebahagian daripada politik.

Proses Tarbiyah Mesti Berterusan
Memetik kata-kata Al-Syekh Mustafa Masyur, tarbiyah dan pembersihan jiwa diumpamakan seperti makanan dan siraman bagi pokok yang disemai atau ditanam. Jika pokok tidak dibajai dan disirami sentiasa, maka ia akan layu dan kering. la akan terus hidup subur jika dibajai dan disirami. Demikianiah manusia.

Hidup sebenarnya bagi individu atau jemaah adalah kerana adanya iman. Hidup manusia sebenarnya adalah hidup hatinya dengan keimanan bukan hidup jasad yang akan fana. Iman di dalam hati itulah yang akan melahirkan kehidupan yang bermakna. Hati perlu digilap seialu kerana ia mungkin berkarat. Rasuluilah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sababat-sababat bertanya: Apakah pengilapnya wahai Rasulullah?. Rasulullah menerangkan: membaca Al Quran dan mengingati maut (mati).' (HR Al Baibaqi)

lman yang berada dalam jiwa manusia sentiasa terdedah kepada kelunturan dan kelemahan kerana dijangkiti oleh berbagai penyakit seperti kesibukan urusan duniawi, dan lain-lain. Oleh itu kita perlu banyak memohon pertolongan kepada Allah SWT dengan sentiasa memperbaharui keimanan kita. Sabda Rasuluilah SAW:

"Sesungguhnya iman itu boleb lusuh seperti lusuhnya pakaian, maka bendaklah kamu memobon doa kepada Allah SWT supaya diperbaharui keimanan itu di dalam jiwa kamu.' (HR Al Hakim dan At Tabrani)


Faktor Kejayaan Tarbiyah lslamiyah
Dr. Yusuf AI Qardhawi dalam bukunya, telah menjelaskan bahawa di sana ada beberapa faktor yang membantu menjayakan Tarbiyah lslamiyah, antaranya :

i. Keyakinan sepenuhnya bahawa tarbiyah adalah satu-satunya wasilah yang paling berkesan untuk merubah masyarakat, melahirkan rijal don seterusnya mencapai kejayaan. Melalui tarbiyahlah Rasuluilah SAW berjaya membentuk generasi rabbani sebagai contoh yang sukar ditandingi.
Jalan Tarbiyah adalah jalan yang jauh, jalan yang sukar dan jalan yang bertahap-tahap. Sedikit sekali yang mampu mengharungi jalan ini, tapi ianya satu-satunya jalan untuk sampai kepada kejayaan.

ii. Hanya Tarbiyah Islam yang mempunyai manhaj dan matlamat, lengkap dalam semua aspek dan jelas dari segi sumber, proses don perancangannya.

iii. Tarbiyah lslamiyah mampu mewujudkan suasana masyarakat yang harmoni. Suasana ini membantu setiap anggota masyrakat hidup secara Islam. Masyarakat dididik tentang cara memberi tunjuk ajar, cara bersimpati, memberi pertolongan dan sebagainya. Setiap anggota merasa sedikit dengan dirinya dan merasa banyak dengan sahabat. Dia merasa lemah bila bersendirian dan merasa kuat dengan berjemaah.

iv. Adanya pemimpin yang bersifat pendidik dengan fitrah yang Allah anugerahkan kepadanya. Pengetahuan dan pengalamannya menjadikan Tarbiyahnya lahir daripada hati sanubari yang bersih dan ikhlas kerana Allah SWT semata-mata. Setiap perkataan yang keluar dari hati akan masuk ke hati-hati yang lain tanpa sekatan. Perkataan yang hanya lahir dari lidah semata-mata tidak akan mampu melewati telinga pun. Perpatah ada menyatakan: "Orang yang kehilangan sesuatu benda nescaya ia tidak akan dapat memberikannya."

v. Mempunyai pendidik-pendidik yang ikhlas, berwibawa dan beramanah mengikut jalan pemimpin agong Muhammad SAW. Tidaklah dimaksudkan pendidik di sini mereka yang keluar dari pusal-pusat pengajian tinggi dalam bidang tarbiyah atau pendidikan, dengan ijazah masters atau PhD. Yang dimaksud dengan pendidik di sini ialah mereka yang mempunyai keimanan yang tinggi, kerohanian yang kuat, jiwa yang bersih, kemahuan yang kental, simpati yang luas dan kewibawaan yang memberi kesan kepada orang lain. Dia mungkin seorang jurutera atau seorang pegawai biasa atau seorang peniaga atau seorang buruh yang tidak ada kaitan dengan prinsip-prinsip atau
sistem pendidikan.

vi. Menggunakan berbagai-bagai wasilah seperti kegiatan-kegiatan di dalam halaqat, usrah-usrah, dan katibah-katibah yang dijuruskan ke arah matlamat pembangunan insan muslim yang soleh dan sempurna.


Penutup
Proses tarbiyah,dakwah dan siyyasah mestilah berterusan, tidak boleh diabaikan atau dihentikan separuh jalan atau ditamatkan. Silibusnya di dalam Al-Quran mencakupi sepanjang hayat seorang Muslim. Benar kata-kata hikmah; tarbiyyah adalah makanan jamaah, dakwah adalah batang tubuh jamaah, dan siyyasah adalah pakaian jamaah.

Sumber : 
1. http://hasan98.tripod.com/tarbiyah.htm

0 comments:

Post a Comment