Memahami Asas Tarbiyah

Tarbiyah berasal dari bahasa Arab yang berarti pendidikan, sedangkan orang yang mendidik dinamakan Murobi. Menurut ilmu bahasa, tarbiyah berasal dari tiga pengertian kata -robbaba-robba-yurobbii- yang artinya memperbaiki sesuatu dan meluruskannya.

Tarbiyah Islamiyah bukan sekadar membentuk seseorang itu menjadi mukmin untuk dirinya, beramal dan bertaqwa seorang diri sahaja. Bahkan ia bertujuan melahirkan mukmin yang sedia berkhidmat, memberi sumbangan kepada Islam dan berjihad pada jalan Allah SWT.

Rasulullah SAW mendidik para sahabatnya sehingga menjadi mujahid yang kukuh iman mereka, sentiasa bersedia untuk berkorban dan berjihad pada jalan Allah. Apabila Islam berhajat kepada kerja dakwah, maka tampillah para da'i yang jujur, berani dan sabar menyampaikan risalah Islam melalui lisan dan contoh yang baik. Apabila Islam memerlukan pengorbanan harta benda, maka tampillah sahabat yang mempunyai harta kekayaan menyerahkan harta benda mereka kepada Rasulullah SAW dengan penuh keredhaan tanpa bakhil, seperti Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Osman Ibn Affan dan Abdul Rahman al-'Auf.

Semua ini adalah peribadi yang lahir hasil daripada tarbiyah imaniyah yang berjalan di dalam madrasah Rasulullah SAW. Didikan Rasulullah SAW bukan untuk melahirkan ahli falsafah atau kumpulan sufi yang asyik dengan riadah ruhiyah semata-mata tanpa menghiraukan tipudaya musuh yang ingin menghancurkan Islam. Rasulullah SAW pernah menegur seorang lelaki yang ingin mengasingkan diri untuk beribadah dan meninggalkan jihad. Kata Rasulullah SAW kepada lelaki itu;

"Jangan kamu lakukan demikian. Sesungguhnya tegak seseorang kamu di jalan Allah (berjihad) adalah lebih utama daripada ia sembahyang dirumahnya selama 70 tahun. Apakah kamu tidak suka Allah mengamponkan kamu serta memasukkan kamu ke dalam syurga? Berjihadlah pada jalan Allah. Sesiapa yang berperang pada jalan Allah di atas belakang unta , maka wajiblah baginya syurga" (Hadis riwayat At-Tarmizi).

Tarbiyyah Al-Ikhwan
As-Syahid Al-Imam Hasan Al-Banna memahami bahawa pembangunan generasi merupakan suatu kemestian dalam usaha untuk melakukan pengislahan dan di antara keistimewaan dakwah Al-Ikhwan berbanding dakwah-dakwah yang lain adalah kerana Al-Ikhwan berjalan dengan tarbiyah yang mampu mengukuhkan kewujudan dan pewarisan (tawrits) dakwah dan perkara tersebut merupakan bentuk yang menakjubkan dalam jamaah ini seperti yang disebutkan oleh Imam Al-Adwi sebagai “Jamaah Tarbawiyah”.

Tarbiyah menurut Al-Ikhwan adalah satu-satunya jalan untuk :
1.Membangun generasi yang soleh dan bertaqwa.
2.Mewujudkan peribadi muslim yang jujur.
3.Membentuk dan memiliki jiwa pejuang.

Al-Ikhwan juga memahami bahawa tarbiyah :
a. memerlukan jalan yang panjang dan berat dan
b. memiliki banyak rintangan dan hambatan.

sehingga tidak ada yang mampu bersabar melaksanakannya kecuali hanya sedikit sahaja.

Muwasafat Tarbiyyah
1) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah) : Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
2) Ibadah yang shahih (Sahihul Ibadah) : Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.Tidak melampau atau berkurang (Afdhal berada di pertengahan).
3) Akhlak yang sempurna (Matinul Khuluq) : Akhlak kita ialah Al-Quran dan telah ditunjukkan oleh Nabi SAW (As-Sunnah).
4) Luas pengetahuan (Mutsaqqafal Fikri) : Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain dan bersumberkan kepada Al-Quran & Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.
5) Sihat tubuh badanya (Qawiyyal Jism) : Dakwah adalah tugas dan tanggungjawab yang berat serta memerlukan badan yang sihat dan kuat. Rasulullah SAW sangat menitikberatkan soal ini.
6) Mampu berdikari (Qadiran ala Kasbi) : Waima telah kaya, daie perlu bekerja membuktikan diri seorang yang berdikari. Setiap kerja dilakukan dengan jujur, ihlas, betul dan sebaiknya (ihsan).
7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi) : Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam. Justeru dair perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
8) Sangat menjaga masa (Haarithun ala Waqtihi) : Sentiasa mengingati waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula justeru ia perlu digunakan sebaik-baiknya.
9) Tersusun urusannya (Munazzamun fi syu’unihi) : Optimumkan segala penggunaan masa dan tenaga yang tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.
10) Bermanfaat pada orang lain (Nafi’un li ghairihi) : Dai berpegang kepada dia adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada dai.Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain dan sebaliknya jika tidak berjaya.

79. Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani*, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya. [Ali-Imran]
*Rabbani ialah orang yang sempurna ilmu dan takwanya kepada Allah s.w.t.



Penutup
Islam harus dijadikan sebagai satu alternatif penyelesaian kepada masalah umat manusia yang lahir daripada keyakinan yang berteraskan keimanan, bukan disebabkan kegagalan sistem-sistem lain. Islam melalui kitab Al-Quran hanya boleh memainkan peranannya untuk menyelesaikan masalah manusia apabila ia diambil secara syumul, solid,total dan kaffah. Oleh itu setiap pekerja (amilin) Islam mestilah dibentuk dan diproses berteraskan aqidah tauhid yang bersumberkan daripada Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Islam tidak akan dapat dibangunkan tanpa amilin. Amilin pula tidak dilahirkan tanpa melalui proses Tarbiyah. Dan Tarbiyah tidak akan memberi sebarang kesan tanpa penglibatan dan penghayatan serta disiplin yang bersungguh-sungguh daripada setiap individu. Juga harus diterapkan bahawa adalah menjadi harapan dan keyakinan setiap muslim bahawa masa depan kelak adalah milik Islam.


Sumber :
1. http://id.wikipedia.org/wiki/Tarbiyah
2. http://hasan98.tripod.com/tarbiyah.htm
3. http://halaqah.net/v10/index.php?topic=10770.0