Buat permulaan tajuk sudah cukup mengundang persepsi yang kurang senang di kalangan mahasiswa, apatah lagi untuk membicarakannya. Namun, satu soalan mudah untuk diajukan; di manakah posisi kita ketika ini, ahli gerakan mahasiswa atau gerakan Islam ?
Hati berkata kita merupakan ahli gerakan Islam, tetapi gerak laku kita bak hanya gerakan mahasiswa. Mengapa penulis berkata demikian ? Mari kita semak diri kita masing-masing, dan jujur mengiakan sekiranya ia benar, dan jua jujur menafikannya sekiranya ia tidak benar.
Untuk itu, mari kita sama-sama semak diri kita dengan lirik lagu 'Apakah Benar Engkau Pejuang' dari Qatrunnada;
Engkau ingin berjuang, tapi tidak mampu menerima ujianEngkau ingin berjuang, tapi rosak oleh pujianEngkau ingin berjuang, tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinanEngkau ingin berjuang, tapi tidak begitu setia kawanEngkau ingin berjuang, tapi tidak sanggup berkorbanEngkau ingin berjuang, tapi ingin jadi pemimpinEngkau ingin berjuang, menjadi pengikut agak seganEngkau ingin berjuang, tolak ansur tidak engkau amalkanEngkau ingin berjuang, tapi tidak sanggup terima cabaranEngkau ingin berjuang, kesihatan dan kerehatan tidak sanggup engkau korbankanEngkau ingin berjuang, masa tidak sanggup engkau luangkan
Engkau ingin berjuang, karenah isteri tidak engkau tahanEngkau ingin berjuang, rumah tangga lintang pukangEngkau ingin berjuang, diri engkau tidak engkau tingkatkanEngkau ingin berjuang, disiplin diri engkau abaikanEngkau ingin berjuang, janji kurang engkau tunaikanEngkau ingin berjuang, kasih sayang engkau cuaikanEngkau ingin berjuang, tetamu engkau abaikanEngkau ingin berjuang, anak isteri engkau lupakanEngkau ingin berjuang, ilmu berjuang engkau tinggalkanEngkau ingin berjuang, kekasaran dan kekerasan engkau amalkanEngkau ingin berjuang, pandangan tidak diselaraskanEngkau ingin berjuang, rasa berTuhan engkau abaikanEngkau ingin berjuang, iman dan taqwa engkau lupakan
Yang sebenarnya apa yang engkau hendak perjuangkan??
1. Mahasiswa ingin berjuang, tapi tidak mampu menerima ujian & rosak oleh pujian
Kedapatan sebilangan ahli jamaah kampus hari ini gemar 'dibelai' dan dimanja serta mendengar pujian daripada teguran. Ini virus yang kian menyerap gerakan mahasiswa yang sama sekali tidak dapat diterima di peringkat gerakan Islam yang tulen. Persoalan yang ingin dilontar, sampai bila ahli gerakan bisa dibelai dan dimanjakan sedangkan perjuangan di medan sebenar adalah berdepan dengan fitnah yang maha dasyat kalaupun bukan peluru dan bom-bom mortar. Fikirkan.
2. Mahasiswa ingin berjuang, tapi tidak sanggup berkorban & ada sifat setiakawan
Ahli gerakan mahasiswa khususnya yang berfikrah jamaah Islam acapkali mengungkapkan istilah 'ukhwah, jihad dan pengorbanan' waima tidak mendalami maksudnya sebelum berbaiah. Ini memakan diri apabila ahli gerakan dituntut untuk meluangkan masa atau harta benda kepada jamaah, segera bertalu-talu alasan dan perbahasan dikeluarkan demi menyelamatkan diri. Pokoknya, jika di alam kampus sudah bertalu-talu jawapannya, bagaimana gerakan Islam di luar sana ingin menuntut jiwa dan raga anda untuk dipertaruhkan demi perjuangan Islam ?
3. Mahasiswa ingin berjuang, tapi hanya ingin jadi pemimpin & enggan menjadi pengikut
Virus ini juga semakin membiak khususnya di kalangan anak-anak muda milineum kini yang dilihat lebih kepada pendesak daripada penyelesai kepada masalah jamaah. Segala kesilapan jamaah di'highlight' besar-besaran atas kapasiti 'ingin membersihkan orang lama' sedangkan kelompok anak muda ini tidak sedar keberadaan mereka di dalam jamaah hari ini ada antara asbabnya adalah cetusan orang-orang terdahulu yang mengilhamkan penubuhan JIK-JIK di awal tahun 90-an dahulu. Bagaimana mahasiswa kini semakin berlagak dan menafikan apa-apa sumbangan 'orang lama' dengan segera memohon jawatan-jawatan atasan dengan alasan 'mereka adalah mahasiswa'. Harus diingati kata bijak pandai; "pemuda yang matang berada di antara semangat anak muda dan hikmah orang tua'
4. Mahasiswa ingin berjuang, tapi tiada tolak ansur (kompromi)
Penulis menyedari di atas semangat anak muda di hati mahasiswa yang berpegang kepada 'LAWAN TETAP LAWAN' dan 'pantang menyerah sebelum ajal' ini menyebabkan mahasiswa gemar bertindak menentang kebrobokan pihak atasan. Akan tetapi ramai tidak menyedari di atas 'sumpah taklid' kata-kata tersebut menyebabkan banyak pihak yang jelik dengan gerakan mahasiswa dan memandang golongan ini 'sekadar tahu membangkang semata-mata'. Persepsi ini harus diubah dan diharmonikan dengan gerakan mahasiswa bertindak matang dan mengamalkan sikap 'berfikir sebelum bertindak'. Tindakan luar kawalan atau refleks yang tidak semena-mena harus kita kaji, adakah ia berjaya atau tidak. Berapa peratuskah dengan tindakan refleks kita itu mampu mengubah keadaan berbanding tindakan kita yang lebih matang dan profesional menggunakan akal daripada otak dahulu. Jangankan kerana nafsu amarah kita yang gagal dikawal mendatangkan fitnah terhadap jamaah kita sebagaimana yang terjadi di beberapa buah kampus kebelakangan ini.
5. Mahasiswa ingin berjuang, tapi kesihatan, kerehatan dan masa tidak sanggup dikorbankan
Item ini bukan merujuk kepada penggunaan habis-habisan segala kudrat, harta benda dan sebagainya. Akan tetapi penulis lebih gemar menggunakan istilah kita 'optimum' penggunaan segala harta benda dan masa yang dimiliki. Mahasiswa selaku golongan terpelajar harus bijak menggunapakai apa yang ada dan bukan menghabiskan apa yang dimiliki. Misalnya penggunaan yang optimum kenderaan-kenderaan persendirian yang diinfak harus diselangi dengan penggunaan instrumen-instrumen lain seperti kenderaan awam yang lebih murah dan mudah. Ahli gerakan mahasiswa juga perlu dididik dengan penggunaan tenaga kerja yang optimum; dengan memobilasi segenap ahli untuk segenap kerja. Maka penjagaan kesihatan diri dalaman dan diri dapat dioptimumkan.


0 comments:
Post a Comment