Pra-Bedah Buku : Prinsip Pemelajaran Orang Dewasa

Penulis berminat untuk mengulas sebuah buku yang sempat dibaca lewat cuti yang lalu.

Bukunya ringkas, tidak terlalu tebal, tidak terlalu nipis. Apabila dibelek-belek, rupa-rupanya ia ditulis oleh seorang pensyarah warga Malaysia yang bercuti sabatikal (faedah cuti meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai dalam bidang mereka. Biasanya digunakan untuk membuat penyelidikan di luar negara).

Buku bertajuk 'Prinsip Pemelajaran Orang Dewasa' ini sebenarnya ditulis secara bersama oleh Mazanah Muhamad dan GL Carter.

Buku ini menghuraikan konflik orang dewasa (lanjut usia) daripada usia kebiasaan seseorang pelajar yang masih ingin menuntut ilmu.

Penulis buku ini, kini profesor di Universiti Putra Malaysia, banyak mengkisahkan perkara-perkara idea yang dirasakan perlu untuk dilihat oleh orang dewasa yang sedang atau ingin menuntut. Antaranya;
- Perkara asas yang perlu dipelajari orang dewasa
- Usaha dan strategi ke arahnya yang boleh membantu mencapai apa yang ingin dipelajari
- Prinsip & cara mengurus strategi pemelajaran
- Kaedah pengukuran untuk mengetahui perkembangan dan hasil daripada usaha pemelajaran tersebut
- Kaedah / perkara yang dapat memudahkan pemelajaran orang dewasa.

Buku ini mengandungi tujuh (7) bab yang insyAllah bakal dihuraikan oleh penulis selaku pembaca yang cuba mendapatkan idea dan substance sebenar, erti sebuah pemelajaran bagi seorang dewasa.

0 comments:

Post a Comment