CERPEN : Sumpah mahasiswa


Sekadar gambar hiasan
BABAK 1

Datuk Rahim meletakkan Utusan Harian ke atas meja antik tersebut. Hatinya gundah, sedikit terkilan. Puas dinasihat, tapi anak buahnya itu enggan mendengar kata.

'Apa lagi harus aku lakukan?' Getus hati tuanya.

Haa, ada satu lagi caranya !

Telefon berjenama terkenal miliknya segera dicapai. Ada seseorang penting yang ingin dipanggilnya. Ingin dirundingi, ingin dinegosiasi.

"Mah, abang ni. Sibuk ke?"


Isi Kandungan Buku 'Prinsip Pemelajaran Orang Dewasa'

Buku 'Prinsip Pemelajaran Orang Dewasa' karangan (Prof Dr) Mazanah Muhamad dan dibantu (Emeritus Professor) G. L. Carter mengandungi enam (6) bab.

Bab 1 merupakan bab pengenalan yang menghuraikan Perubahan Yang Boleh Dibuat. Antara topik-topik kecil berkenaan Perubahan Yang Perlu, Perlunya Ada Objektif, Bentuk-Bentuk Objektif dan ringkasan bab. Secara ringkas ia membincangkan perubahan yang kita sebagai orang dewasa perlu tangani. Pengetahuan, sikap dan kemahiran baru yang boleh didapati melalui pemelajaran dapat membantu kita menangani perubahan secara sistematik. Bagi memastikan pemelajaran yang berkesan, kita perlu jelas apa yang ingin kita pelajari khususnya tujuan dan objektif pemelajaran.

Bab 2 Sumber Perkara Yang Perlu Dipelajari pula menjelaskan sumber yang perlu dikaji untuk menentukan perkara yang hendak dipelajari. Sumber yang dibincangkan di dalam buku ini adalah daripada pelajar itu sendiri, masyarakat di mana pelajar itu berada dan ilmu yang wujud dan hendak dipelajari.

Bab 3 Memilih Objektif pula menghuraikan perihal objektif dan peri pentingnya ia selain peranan objektif ditekankan untuk memudahkan pemelajaran. Dalam bab ini juga penulis menyelitkan keperluan memahami orang dewasa yang 'berpengalaman' dalam usaha seorang pendidik ingin menyampaikan ilmu kepada orang dewasa. Secara ringkasnya bab ini menjelaskan proses untuk membantu pemilihan objektif yang bersesuaian kepada orang dewasa.

Bab 4 Strategi Untuk Mencapai Objektif pula membincangkan kaedah pendekatan atau strategi yang bersesuaian untuk digunakan untuk mencapai apa yang ingin dipelajari. Bab ini menghuraikan topik 'Mengapa harus memilih strategi' dan 'Memilih strategi yang sesuai.'

Topik strategi pemelajaran dibincangkan secara mendalam dalam Bab 5 Menyusun Strategi Pemelajaran. Strategi bersinambungan, berurutan dan bersepadu dibincangkan bakal dihuraikan di dalam bab ini.

Sebagai pengakhiran buku ringkas tetapi padat ini adalah Bab 6 Menilai Pemelajaran. Sebagaimana proses biasa setiap gerak kerja, seusai laksana sesuatu perkara, proses penilaian amat diperlukan bagi memastikan kualiti yang diperoleh. Dalam perihal pemelajaran orang dewasa ini, penulis buku ini membahagi bab ini kepada topik-topik kecil seperti Mengguna rangka bukti, Jenis bukti, Menganalisis bukti dan Melapor keputusan penilaian.

Buku 'Prinsip Pemelajaran Orang Dewasa' ini merupakan hasil kolabrasi di antara Prof Dr Mazanah dan Prof Emeritus G.L. Carter yang sempat 'berguru' dengan Ralph Winfred Tyler, seorang tokoh akademik Amerika. Buku Ralph W. Tyler, "Basic Principles of Curriculum and Instruction" yang diterbitkan pada 1949 dan telah diterbitkan dalam 36 edisi.

Prof Dr Mazanah ketika bercuti sabatikal di Raleigh, North Carolina, USA berpeluang berbincang dengan Carter yang merupakan mentee kepada Ralph W. Tyler selama 30 tahun.
p/s: Penulis cuba meringkaskan serba sedikit pemelajaran yang diperoleh daripada buku ini. Namun, di atas kekangan masa, penulis tidak dapat menyambung huraian secara mendalam berkenaan buku. Penulis ingin menyarankan kepada rakan-rakan yang ingin menambah ilmu pengetahuan khususnya di dalam isu pendidikan orang dewasa agar mendapatkan buku ini di PTSL ( LC 5215.M396 )

Pra-Bedah Buku : Prinsip Pemelajaran Orang Dewasa

Penulis berminat untuk mengulas sebuah buku yang sempat dibaca lewat cuti yang lalu.

Bukunya ringkas, tidak terlalu tebal, tidak terlalu nipis. Apabila dibelek-belek, rupa-rupanya ia ditulis oleh seorang pensyarah warga Malaysia yang bercuti sabatikal (faedah cuti meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai dalam bidang mereka. Biasanya digunakan untuk membuat penyelidikan di luar negara).

Buku bertajuk 'Prinsip Pemelajaran Orang Dewasa' ini sebenarnya ditulis secara bersama oleh Mazanah Muhamad dan GL Carter.

Buku ini menghuraikan konflik orang dewasa (lanjut usia) daripada usia kebiasaan seseorang pelajar yang masih ingin menuntut ilmu.

Penulis buku ini, kini profesor di Universiti Putra Malaysia, banyak mengkisahkan perkara-perkara idea yang dirasakan perlu untuk dilihat oleh orang dewasa yang sedang atau ingin menuntut. Antaranya;
- Perkara asas yang perlu dipelajari orang dewasa
- Usaha dan strategi ke arahnya yang boleh membantu mencapai apa yang ingin dipelajari
- Prinsip & cara mengurus strategi pemelajaran
- Kaedah pengukuran untuk mengetahui perkembangan dan hasil daripada usaha pemelajaran tersebut
- Kaedah / perkara yang dapat memudahkan pemelajaran orang dewasa.

Buku ini mengandungi tujuh (7) bab yang insyAllah bakal dihuraikan oleh penulis selaku pembaca yang cuba mendapatkan idea dan substance sebenar, erti sebuah pemelajaran bagi seorang dewasa.